Monday 19 September 2011

'Fatwa Imam Syafie tentang tahlil’


As salam....Apa khabar semua sahabt2....hari ni ana nak kongsi ilmu kepada sahabt2....


Fatwa Imam Syafie tentang tahlil’


Apabila kita menyebut Imam Syafie tentulah tergambar di dalam benak fikiran kita ia adalah imam yang kita contohi dan menjadi ikutan kita dan masyarakat kita, sampai wuduk , solat, haji, semua urusan agama tidak sah kata sesetengah orang apabila kita tidak mengikut imamSyafie

Imam syafie adalah seorang yang alim yang menjadi pengasas kepada Usul Fekah, Mazhab Syafie dan ilmu-ilmu lain serta lebih mengetahui segala masalah fekah dan yang lebih mendalam ilmunya mengenai fekah. Apabila timbul masalah bid’ah saya menganggap bahawa Imam Syafi’ lah yang jaguh dalam fekah dan mendalam ilmu pengetahunya mengenai bidah. 

Apabila saya melihat buku-buku beliau, mendengar ceramah dan mengkaji serba sedikit pandangan beliau mengenai tahlil adakah ianya merupakan perkara yang bidah. Saya mendapati buku dan fatwa beliau mengatakan tahlil adalah bid’ah lagi dikeji . 

menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membidfahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.


1. Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya: 


وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ



Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburanh.



2. Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie: 

وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ

Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnahh. 




Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:

قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِيْنَ قُتِلَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاهُمْ مَايُشْغِلُهُمْ ) . حسنه الترمزى وصححه الحاكم (


Abdullah bin Jaffar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Jaffar, Nabi sallallahu ealaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Jaffar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan). Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.



3. Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitab (اعانة الطالبين) jld. 2. hlm. 146:


وَقَالَ اَيْضًأ : وَيَكْرَهُ الضِّيَافَةُ مِنَ الطَّعَامِ مِنْ اَهْلِ الْمَيِّتِ لاَنَّهُ شَرَعَ فِى السُّرُوْرِ وَهِيَ بِدْعَةٌ 


Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bidah.



4. Seterusnya di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi: 

وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُهُ مَا يَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِيْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ  


Dan antara bidah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haramh.

Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari ketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Syafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.


5. Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid’ah dan mengharamkan kenduri arwah: 

وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ هَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَرَةِ فِيْهِ اِحْيَاءٌ لِلسُّنَّةِ وَاِمَاتَةٌ لِلْبِدْعَةِ وَفَتْحٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الْخَيْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الشَّرِّ ، فَاِنَّ النَّاسَ يَتَكَلَّفُوْنَ تَكَلُّفًا كَثِيْرًا يُؤَدِّيْ اِلَى اَنْ يَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا . 


Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haramh.



6. Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul .(خول) Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:


مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ

Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bidfah yang mungkarh. Lihat: اعانة الطالبينjuz 2 hlm. 145.



7. Di dalam kitab fikh (حاشية القليوبي) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab قليوبى - عميرة) -(حاشيتان juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:


قَالَ شَيْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فِعْلُهَا كَمَا فِى الرَّوْضَةِ مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِمَّا يُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِنْ صُنْعِ طَعَامِ للاِجْتَمَاعِ عَلَيْهِ قَبْلَ الْمَوْتِ اَوْبَعِدَهُ وَمِنَ الذَّبْحِ عَلَى الْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُوْرٍ وَلَوْ مِنَ التَّركَةِ ، اَوْ مِنْ مَالِ مَيِّتٍ عَلَيْهِ دَيْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ. 


Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bidah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab gAr-Raudahh iaitu mengerjakan amalan yang disebut gkaffarahh secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bidah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanyah.



8. Di dalam kitab (الفقه على المذاهب الاربعة) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:


وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْهَةِ مَا يَفْعَلُ الآن مِنْ ذَبْحِ الذَّبَائِحَ عِنْدَ خُرُوْجِ الْمَيِّتِ اَوْ عِنْدَ الْقَبْرِ وَاِعْدَادِ الطَّعَامِ مِمَّنْ يَجْتَمِعُ لِتَّعْزِيَةِ . 

Termasuk bidah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyahh. 





1. Di dalam Tafsir Ibnu Kasir terdapat fatwa Imam Al-Syafie.
Firman Allah Swt :

وَأَن لَّيْسَ لِلإِنسَـٰنِ إِلاَّ مَا سَعَىٰ 
“ Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. ( Surah Al-Najm : Ayat 39 )
ومن هذه الآية الكريمة استنبط الشافعي رحمه الله ومن اتبعه : أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛ 
لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم، ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته، ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء، ولم ينقل ذلك عن أحد من الصحابة رضي الله عنهم، ولو كان خيراً، لسبقونا إليه  
“ Dan daripada ayat yang mulia ini telah mengistimbat oleh Imam Syafie rahimahullah dan Orang yang mengikutinya : bahawa membaca ( Al-Quran ) tidak sampai pahalanya kepada orang mati, kerana bukanlah amalan yang mereka lakukan dan bukan apa yang mereka usahakan , oleh itu Nabi Saw tidak mensunnatkan untuk dilakukan oleh ummatnya dan tidak menyarankan untuk melakukanya dan tidak memberi tunjuk ajar kepada perkara ini dengan Nas dan rujukan, dan tidak pernah diriwayatkan daripada satu pun sahabat Nabi Saw. Dan kalaulah baik nescaya mendahului perbuatan ini oleh para sahabat ”. ( Tafsir Al-Quranul Karim / Ibnu Katsir w. 774 H)
2. Dalam kitab Al-Umm. Berkata Imam Syafie rahimahullah :
وَاَكْرَهُ الْمَاْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَاِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ.

"Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)". Lihat: Al-Umm. Juz 1. Hlm. 248.
Mungkin ramai dari kalangan pengikut mazhab Syafie tidak menyedari bahawa bertahlil dengan cara berkumpul beramai-ramai, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengadakan hidangan makanan di rumah si Mati atau keluarga si Mati bukan sahaja Imam Syafie yang menghukum haram dan bid'ah, malah ramai para ulama mazhab Syafie turut berpendirian seperti Imam Syafie. Adapun antara meraka yang mengharamkan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan ialah Imam Nawawi, Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli dan ramai lagi para ulama muktabar dari kalangan yang bermazhab Syafie, sebagaimana beberapa fatwa tentang pengharaman tersebut dari mereka dan Imam Syafie rahimahullah.


3. Dalam kitab ( مغنى المحتاج )
Mengadakan majlis kenduri iaitu dengan berkumpul beramai-ramai terutamanya untuk berzikir, tahlilan, membaca surah Yasin atau kenduri arwah sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Nusantara di rumah si Mati atau memperingati kematian, maka semuanya itu benar-benar dihukum bid'ah yang mungkar oleh Imam Syafierahimahullah sebagaimana fatwa-fatwa beliau dan para ulama yang bermazhab Syafie yang selanjutnya:
وَاَمَّا اِصْلاَحُ اَهْلُ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسَ عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.

"Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah".
( lihat: مغنى المحتاج. Juz 1. Hlm. 268 )



4.  Di dalam kitab (اعانة الطالبين)  juz. 2 hlm. 146 ada disebut pengharaman kenduri arwah, iaitu:

وَمَا اعْتِيْدَ مِنْ جَعْلِ اَهْلَ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِيَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ بِدْعَةٌ مَكْرُوْهَةٌ كَاِجْتِمَاعِهِمْ لِذَلِكَ لِمَا صَحَّ عَنْ جَرِيْرِ قَالَ : عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ لاَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعُهُمْ الطَّعَامَ مِنَ النِّيَاحَةِ(رواه الامام احمد وابن ماجه باسناد صحيح).
"
Dan apa yang telah menjadi kebiasaan manusia tentang menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan". (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn majah dengan sanad yang sahih). kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146
Fatwa Imam Syafie dan para ulama muktabar yang bermazhab Syafie telah mengharamkan berkumpul beramai-ramai dan menyediakan hidangan makanan di rumah si Mati untuk tujuan kenduri arwah, tahlilan, yasinan dan menghadiahkan (mengirim) pahala bacaan al-Quran kepada arwah si Mati Mereka berdalilkan al-Quran, hadis dan athar-athar para sahabat yang sahih sebagaimana yang dikemukakan oleh mereka melalui tulisan-tulisan di kitab-kitab mereka. Mereka tidak mungkin mengharamkan atau menghalalkan sesuatu mengikut akal fikiran, pendapat atau hawa nafsu mereka semata, pastinya cara mereka mengharamkan semua itu dengan berdalilkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar dari para ulama yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

Kesimpulan

Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' (مبتدع) "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkan oleh pengamalnya tentang haram dan tegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.
Posted by Al-Muallimin Muhamad Saleem at 12:19 AM 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

untuk lebih lanjut..sila ke link ini,,,

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fhabralulum.blogspot.com%2F2011%2F06%2Ffatwa-imam-syafie-tentang-tahlil.html&h=mAQCJWtaQAQAUDEwbHqV5k5DZlaUrwr2AKcoOSpSoP_6VcQ




di haramkan kerana dianggap meratapi simati. tidak ikut sunnah dan perintah nabi iaitu sepatutnya jiran atau org lain yg sepatutnya mengeluarkan belanja atau makanan bagi keluarga si mati bukan ahli nya yg menyediakan makanan utk org yg hadir. ikut amalan budha merayakan atau memperingati kematian pada hari ke 7, 40, 100. ia berasal dari tanah jawa indonesia. lihat sejarah bermulanya tahlilan....


SEBARKAN SAHABAT2 SEMUA...




7 comments:

Anonymous said...

saya tak fahamlah, yang saya tengok dalam petikan di atas dari kitab2 tu, hanya tak boleh sediakan mkanan, perkataan TAHLIL takda pun dalam bahasa arabnya. kalau kita jemput saudara mara datang buat TAHLIL saja, dan tidak jamu makan mesti boleh... sebab dalam kitab kata tak boleh jamu makan... Jadi... Lepas TAHLIL , terus balik makan di rumah masing2...

Unknown said...

Sharing yang terbaik...

Anonymous said...

Dalam teks yg dikongsikan oleh tuan punya tanah takde yg menunjukkan haram. Imam Syafie menyebutnya sebagai makruh..

toknik said...

Bukan amalan sunnah, tapi saya rasa tidak berdosa kalau ada kemampuan dan tidak ada unsur2 maksiat. Soal pahalanya boleh sampai kpada simati, itu terserahlah kpd Allah. Lagikan hutangnya boleh dibayar oleh yg hidup, maknanya pahala tadi boleh sampai InshaAllah... wallahua'lam

amuk293 said...

terima kasih tuan tanah atas sharing..betul lah tu jatuh haram apabila keluarga si mati terpaksa membelanjakan duit untuk membeli barang2 makanan utk kenduri..sepatutnya jiran2 yg perlu buat makanan pd keluarga si mati..amalan di malaysia,keluarga si mati yg keluarkan duit utk jamuan..itulah bidaah..boleh dijatuhi haram sbb menyusahkan keluarga simati..

Anonymous said...

Jgn sesekali kita mentaqwilkan yang halal itu haram & yg haram itu halal atau lain2 hukum tanpa ilmu yg benar. Jika merujuk kpd ilmu Hadist, ingatlah ada Hadist sahih & ada Hadist daif. Sebaik2 rujukan adalah dari Al-Quran & perilaku Rasulullah itu sendiri. Tengok ulasan menarik disini: ikomen.wordpress.com. Mungkin anda boleh terkedu membaca huraiannya.

Unknown said...

Dari pendapat imam syafie jelas mengikut hadis dan tiada dalil pengharaman tahlil. Maka boleh di buat di masjid atau di rumah saudaranya terdekat agar terkeluar dr khilaf dan asbab haramnya perbuatan tersebut.. Wallahualam

Post a Comment