Tuesday 16 August 2011

PINJAMAN ini adalah SEMENTARA....renung2kan ~~



ASSALAMUALAIKUM w.t.b dan
SALAM SEJAHTERA 
sebagai pembuka bicara yang
ana tujukan khas buat ikhwan dan akhawat
yang ana kasihi kerana ALLAH sekalian...
Pertama-tama dan selamanya...
Marilah kita bersama2 merafaqkan
setinggi-tinggi kesyukuran terhadap ALLAH taala
kerana telah memberikan kita peluang untuk masih 
menghirup udara segar pada hari ini tanpa sebarang bayaran..
Kita masih diberikan nikmat kesihatan dan masa lapang..
insyaALLAH...

Seterusnya..
Selawat serta salam ke atas junjungan besar
nabi ALLAH MUHAMMAD s.a.w kerana berkat usaha 
baginda selama ini dalam menyebarkan risalah tauhid 
kepada seluruh umat akhir zaman sehinggalah
sampai kepada kita hari ini...
Penat lelah baginda hanya ALLAH saja yang tau..
Sehinggakan baginda dilontarkan dengan batu2
sehingga berkocak darah dalam capal baginda..
namun begitu, itu semua bukanlah titik noktah
dalam usaha dakwah baginda..
Bahkan menjadi satu catalyst yang lebih
menguatkan semangat baginda untuk
terus, terus dan terus menyebarkan risalah suci ini..
Justeru, sehingga hari ini kita masih
dapat merasakan dua nikmat terbesar iaitu
nikmat IMAN dan ISLAM...
Alhamdulillah...

Sahabat2 sekalian...

Ana mulakan penulisan ini dengan mengajak sahabat sekalian, 
marilah kita 'beriman' sejenak...
Tinggalkan segala pemikiran kotor yang gelap pekat dengan hawa nafsu...
Dan amalan2 yang sia...
Semoga Allah melapangkan dada dan menyucikan qolbu 
kita agar mudah menangkap cahaya kebenaran...
Amin...

Benar.. Segala yang ada pada diri kita hari ini hanyalah pinjaman.
Tangan yang menulis...
 mata yang memerhati...
 kaki yang berjalan...
 telinga yang mendengar...
masa yang berdetik...
 dan segalanya yang tidak akan selesai dihitung...
 kelak disoal oleh Allah SWT di padang Mahsyar...
FirmanNYA:

"Kemudian, kamu pasti akan ditanya pada hari tersebut tentang segala nikmat (yang telah kamu kecapi)"(Surah At-Takathur:8)

Maka, adat orang yang meminjam itu terhutang budi dengan si pemberi pinjaman...
Dijaga benar barang yang dipinjam dengan teliti...
 tidak dirosakkan, apatah lagi menyalahgunakan pada kemurkaan tuan pemilik barang...
Adakalanya resah si peminjam dengan barang yang dipinjamnya...
 sekalipun dia amat memerlukan.

"Selesai urusan ini cepat-cepat ingin dipulang pada Si Fulan (tuan pemilik barang),"tegas dalam hati.

Tetapi...
Bagaimana pula urusannya dengan Allah?
Tidakkah sepatutnya kita lebih cermat???
Bukankah semua yang dipinjamkan kepada kita itu lebih bernilai 
daripada emas dan berlian?
Silakan gadai sebelah anggota anda dengan seuncang emas...
Aduhhh,
 mahalnya pemberian ALLAH walau sebiji mata!

Kenapa dikaitkan dengan biji mata??

Begini,
Ana cukup yakin ramai di kalangan kita
yang sudah memiliki lesen P...
Samada untuk kereta mahupown motosikal...


Di sini, ana  ingin memfokuskan tentang
lesen P untuk kereta...
Rata2 daripada kita kerap kali
menyalahgunakan lesen yang kita sudah peroleh ini..
bukan bermaksud dengan adanya lesen ini
kita boleh sewenang-wenangnya
melanggar peraturan jalan raya..

SEDARKAH anda??
Selain melanggar amanah yang
diberikan oleh pihak JPJ kepada anda,
anda juga telah melanggar amanah 
daripada ALLAH...

Kenapa pula??

Ini jawapannya...

TANGAN yang memegang stereng...
 MATA yang memerhati...
KAKI yang menekan minyak, clutch dan brek...
 TELINGA yang mendengar...

HAHH..
Sudah faham??
Adakah kita amanah dengan segala 
anggota yang ALLAH pinjamkan
hanya untuk sementara ini..
Oleh itu, patuhilah peraturan jalanraya yang telah 
ditetapkan kepada kita sebagai pengguna..

Sebaiknya gunakanlah kesempatan ini
untuk menambahkan lagi perhambaan diri kita kepada 
ALLAH...
Kalau sebelum ini, kita jarang berjemaah ke masjid,
kini kita sudah ada kemudahan..
tak payah nak takut dengan roadblock lg..
Jangan pula sesekali kita gunakan kemudahan lesen ini
untuk menambahkan kerja
kemaksiatan kita..
Jangan sampai nikmat ini ditarik semula...

Mohonlah keampunan daripada Allah SWT dan kemaafan 
daripada manusia sekiranya telah terlanjur menyalahgunakan 
nikmat kurniaan yang dipinjamkan, 
sesungguhnya DIA lah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang... 


"...Ucaplah ALHAMDULILLAH,
syukur kita kepada ALLAH..."


Akhir kalam...
Hidup ini  tidak lama...
Usia yang meningkat menandakan 'peruntukan' makin berkurang...
Silap percaturan, boleh muflis besar kita di akhirat nanti...
Maka, ana berpesan dengan sebaik-baik pesanan...
BERTAQWALAH kepada Allah!
Tidak kira walau di mana kita berada...
ALLAH bersama kita...

"Dan hendaklah kamu membawa bekal (dengan cukupnya) kerana sesungguhnya
 sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa
 (melaksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA)...
"(Surah Al Baqarah:197)

Mana yang baik itu datang
daripada ALLAH...
Mana yang kurang baik itu juga datang
daripada ALLAh tetapi
disandarkan kepada hamba yang lemah ini...
Mulut yang bercakap lebih dekat dengan telinga
yang mendengar...

Selami Jiwa...
Rawat Rohani...
Perkasa Peribadi...
Renung2kan dan selamat beramal...

Wallahua'lam...

... :P ...
                                                                                                    Daripada : Najmeen An-naseeri

3 ZAMAN Berbeza..??? wana'uzubillahh






ZAMAN NABI MUSA A'LAIHIS SALAM...









ZAMAN JAHILIYYAH...








ZAMAN SEKARANGIYAH...





HAH!! Tau ape Persamaan dan Perbezaan  3 zaman di atas???



Salam....
    Mcm mane?? Dapat ke antum sume cari persamaan dan perbezaan 3 zaman di atas??

AHAH!! Tepat sekali bagi yang sape2 yg jawab PEMBUNUHAN BAYI utk persamaan 3 zaman di atas...

Perbezaan??
     Senang je..  * Zaman Nabi Musa A.S. deorang bunuh anak laki.
                        * Zaman Jahiliyyah deorang bunuh anak perempuan.
                        * Zaman Sekarangiyah manusia bunuh anak laki dan perempuan.


Jadiiii..... Antum sedar x?? Kte ble dengar kisah zaman Nabi Musa A.S. dan zaman Jahiliyyah, fuhh.. sume kate due zaman tu sungguh kejam. Hakikatnya kte skang ni berada pada zaman yang paling kejam antara 3 zaman di atas.... 
   Sebab ape Sume ni leh terjadi?? Kte 'cek blek SOLAT KITA'... Tengok salah kte kat mane... Kte skang berada pada akhir zaman, terlalu banyak mehnah dan tribulasi yang perlu kte tempuh.. kuatkan lah iman kami YA ALLAH....


moral of this story : Benarlah hadis Rasulullah, pada akhir zaman, maksiat akan berlaku di kaki2 lima jalan. maruah pula seperti tiada nilai. Jadiiii... CEK BALEK SOLAT KITA


                                                                                                                                                    


Tuesday 9 August 2011

Games Yg Hina Kita (WAJUB BACA!)


1) Devil May Cry 3


KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.


Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...

 Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam


PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.


Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.


Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.


Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.


Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.



Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:



Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:



Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8) Resident Evil 4


Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”


Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.


 Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

 Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

 Zoom pada pintu tersebut. 

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.


Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.

9) Dante's Inferno


Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti LustGluttonyGreedAngerViolence, dan lain sebagainya. Danteadalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.


Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Game ni sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka!!!.

Menurut dari website Gameslatest: Middle East avoids Dante’s Inferno (Post ni sekarang dah kena delete) =(

Menurut dari website Gameslatest di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" ianya dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: "See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we've made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
"Death has not reached him yet," my master answered,
"nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you."
Inferno XXVIII

Ada sesiapa paham tak? XLAWS serius tak paham. Kalau paham kongsi la kat sini ye. Ada la maksud tersirat di dalam tu... 

"See how I split myself!"
"See now how maimed Mohammed is!"
Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya.


Inferno XXVIII, 19-42.


The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Jadi game Dante's Inferno ni telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap kepada sesiapa yang main game tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.



Sumber dikumpul & dianalisis dari: