Saturday 25 June 2011

Hebatnya Seorang Wanita Yang Bernama Sumayyah...

Sumayyah ialah ibu Ammar b Yasir, yang merupakan gambaran cemerlang wanita yg pertama sekali mati syahid dlm Islam. Sumayyah merupakan isteri Yasir. Dengan keimanan yg kuat dan keberanian yg tersimpan di relung hatinya yg dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yg terkenal bengis dan kejam.

Sumayyah bersama suami dan anaknya Ammar dijemur di tgh padang pasir yg sangat panas. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga tidak bergerak dan melawan. Mereka diseksa dengan kejam agar mengikuti keinginan Abu Jahal. Namun mereka tdk terdengar sepatah katapun dari mulut Yasir atau puteranya, Ammar selain drpd rintihan yang penuh kesakitan, justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yg beriman ini agar menyatakan murtad dr agama Islam.

Sumayyah tdk merintih kesakitan tetapi menentang dengan terus terang serta menyatakan bahwa beliau tetap berpegang teguh kepada keimanannya, walaupun harus ditebus dengan harga yg mahal kerana mereka telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda melewati tempat mereka diseksa yang bermaksud; “Bersabarlah wahai keluarga Yasir kerana tempat yg dijanjikan untuk kamu adalah syurga.”(Subhanallah…)

Segala seksaan terasa ringan kerana semuanya akan berakhir dengan kenikmatan syurga. Biar apapun seksaan yang menimpa Sumayyah namun ia tetap dengan pendirian dan keimanan yang kukuh dalam jiwanya. Abu Jahal yg sombong dan bengis merasa terhina kerana dicabar oleh seorg wanita yg lemah. Penyeksaan yg dilakukan hanya menambah ketaqwaan Sumayyah dan menambah keberaniannya. Akhirnya Sumayyah di bunuh dgn penyeksaan yg menyedihkan.

Riwayat Sumayyah dicatat dlm lembaran sejarah dengan tinta emas krn beliau wanita yang pertama mati syahid dlm Islam sbg motivasi jihad terhadap generasi yg berikutnya. Namanya abadi hingga kini utk dikenang sbg pejuang yg sanggup dan berani melawan kekejaman dan kekerasan. Ibnu Hajar berkata dalam kitabnya Al-Ishabah; “Sumayyah bt Hubbath bekas hamba sahaya Huzaifah b al-Mughirah b Makhzum. Beliau adalah ibu Ammar b Yasir org yg masuk Islam pd hari ke-7. Sumayyah diseksa Abu Jahal dan ditusuk tombak pd kemaluannya hingga meninggal dunia. Ia adalah wanita yg pertama sekali mati syahid dalam Islam.

Kolam al-Kauthar Khusus Untuk Nabi Muhammad

Allah SWT menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang melaksanakan perintah-Nya dengan penuh ketakwaan, keimanan, tulus dan ikhlas semata-mata kerana-Nya.

Kebahagiaan dan kenikmatan syurga memang sukar diterangkan. Namun, Rasulullah SAW ada menceritakannya dalam hadis Baginda.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud :

"Sesungguhnya Allah berfirman kepada ahli syurga : Wahai ahli syurga!

Mendengarkan yang demikian, mereka menjawab : Kami sentiasa menyahut seruan-Mu ya Tuhan kami! Dan sentiasa memuliakan-Mu, sedangkan segala kebaikan tetap dalam kekuasaan-Mu!

Tuhan berfirman lagi: Adakah kamu berpuas hati dengan balasan nikmat syurga yang ada ini?

Mereka menjawab : Mengapa pula kami tidak berpuas hati ya Tuhan kami, sedang Engkau telah mengurniakan kami dengan pemberian-pemberian yang tidak pernah Engkau berikan kepada sesiapa pun daripada makhluk-makhluk yang Engkau jadikan?

Mendengarkan itu, Tuhan berfirman : Mahukah Aku berikan kepada kamu yang lebih baik daripada itu?

Bagi menjawab pertanyaan itu mereka pula bertanya : Apa dia yang lebih baik daripada itu?

Allah berfirman: Aku limpahkan kepada kamu keredaan-Ku, maka dengan yang demikian Aku tidak murka kepada kamu sesudah itu selama-lamanya.". (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan Imam Ahmad).

Antara perkara akhirat yang wajib diketahui serta dipercayai dan diakui benarnya ialah di sana ada kolam air bagi setiap Nabi untuk diminum oleh umat masing-masing.

Bagi Nabi Muhammad SAW disediakan sebuah kolam yang airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada air madu, pialanya banyak tidak terhitung.

Nabi Muhammad SAW akan berada dekat kolam itu pada Hari Kiamat menunggu sesiapa antara umatnya yang datang minum daripada airnya.

Sesiapa yang dapat minum dari air kolam itu tidak akan berasa haus dahaga selama-lamanya.

Ada pun minuman yang ada dalam syurga, maka disediakan hanya untuk diminum buat berlazat-lazat dan bersuka ria.

Perkara sedemikian kerana : "Sesungguhnya engkau - wahai penduduk syurga - tidak akan berasa haus dahaga dalamnya." (Maksud ayat 119, surah Taha).

Air kolam itu tidak dapat diminum oleh sesiapa yang menukar bawaan hidupnya yang baik kepada tidak baik, selepas Nabi SAW menyatakan apa yang baik dan apa yang sebaliknya. Malah, orang yang disebutkan itu disekat daripada sampai ke kolam itu dan dijauhkan daripadanya.

Kolam itu dinamakan ‘Kolam al-Kauthar’ kerana airnya dari sebatang sungai di syurga yang bernama al-Kauthar yang dikurniakan Tuhan, khusus kepada Nabi Muhammad SAW. Sungai itulah yang memenuhi kolam yang disebutkan itu melalui dua saluran emas dan perak.

Bau tanah dasar sungai itu lebih harum daripada kasturi.

Hakikat seperti yang disebutkan itu terkandung dalam hadis berikut:

** Daripada Anas, katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Dalam masa aku sedang berjalan di syurga (pada malam Mi'raj), tiba-tiba aku bertembung dengan sebatang sungai yang ada pada kedua-dua tebingnya kubah-kubah dari mutiara yang dironggakan.

Aku bertanya : Sungai apa ini wahai Jibril? Jibril menjawab : Ini ialah sungai al-Kauthar yang Tuhanmu kurniakan kepadamu..." - (Hadith riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

** Daripada Abdullah bin Umar, katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam syurga, kedua-dua tebingnya adalah daripada emas, aliran airnya di atas mutiara dan yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum daripada kasturi, dan airnya lebih manis daripada air madu dan lebih putih daripada salji." (Hadith riwayat at-Tirmizi).

** Daripada Aisyah, katanya : "Aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika Baginda berada antara sahabatnya :

Sesungguhnya aku akan berada di kolamku, menunggu siapa antara kamu datang hendak minum daripada kolamku itu.

Apabila datangnya orang itu, maka demi Allah! Sesungguhnya ada orang yang disekat-sekat daripada sampai kepadaku, lalu aku merayu dengan berkata : Ya Tuhanku! Mereka daripada orangku dan daripada umatku!

Maka, Tuhan berfirman : Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak mengetahui apa yang mereka lakukan sesudah engkau wafat - mereka sentiasa berbalik kepada pegangan dan amal perbuatan mereka yang dulu.

Pada satu riwayat : Maka aku pun berkata: Jauhlah, jauhlah daripada rahmat Allah, sesiapa yang mengubah ajaranku sesudah aku menerangkannya." - (Hadith riwayat Muslim).

** Daripada Abu Zar, katanya : "Aku bertanya : Ya Rasulullah! Apa keadaan piala-piala kolam al-Kauthar itu?

Rasulullah SAW menjawab: Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Sesungguhnya bilangan pialanya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit yang tetap dan yang beredar, pada malam yang gelap gelita, dan yang bersih cuacanya.

Piala itu adalah piala syurga, sesiapa yang minum dari piala itu tidak akan berasa dahaga selama-lamanya.

Dua saluran dari syurga menyalurkan air ke dalam kolam itu...

Pada satu riwayat, Rasulullah SAW ditanya mengenai air kolam itu, lalu Baginda menjawab :

Airnya lebih putih daripada air susu, dan lebih manis daripada air madu; dua saluran dari syurga menyalur serta menambah air ke dalamnya, satu daripada emas dan yang satu lagi daripada perak." - (Hadis riwayat Muslim).

50 TIPS MENGUATKAN IMAN

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt...

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan irihati dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu ego akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan sholat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan sholat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan sholat malam
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan hormati fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan degil
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Eratkan hubuangan silaturrahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Berkata-kata pada perkara yang perlu
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu"

Nasihat Imam Ghazali rahimahullah

Pintu-pintu syaitan masuk ke dlm hati:

1. Pintu marah dan syahwat.
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3. Kekenyangan makanan.
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5. Keinginan mengampu.
6. Gopoh dan tidk menyelidiki terlebih dahulu.
7. Harta dan wang ringgit.
8. Lokek dan takutkan kemiskinan.
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan di luar akal fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum mslmn.

Semoga bermanfaat.

insyaAllah...moga kita tergolong orng yang Beriman Kepada Allah..


Friday 24 June 2011

FIQH DAKWAH




Saya nak kongsi perihal fiqh dakwah ni dengan menyentuh tiga pekara :


1) Islam

2) Pendakwah

3) Target (orang)yg hendak didakwah

Sebelum itu, cuma nak bagitau yang saya cuma berkongsi coretan minda saya.Setiap kata-kata itu boleh diterima dan ditolak (kritik) kecuali kalam ALLAH dan kata-kata rasulullah s.a.w. Jadi saya amat berharap kepada sebarang komentar.



1) Islam

Islam itu indah, bila disebut Islam itu indah ramai yang tak pelik atau rasa semacam pun.Sebutan Islam itu indah dah biasa disebut.Tapi cukupkah sekadar mengatakan Islam itu indah boleh menarik orang untuk mendekati seterusnya berislam?


Cuba lihat perumpamaan ini.

Ada seorang gadis yang lawa, sangat cantik dan ramai yang mengakuinya, kata lah gadis ni adalah A.pada masa yg sama ada seorang jejaka, kata lah jejaka ni B. A dan B tak pernah kenal satu sama lain. Dengan kemajuan teknologi , A dan B berkenalan tanpa B melihat muka A, diorang berkenalan melalui alam maya, mungkin menerusi 'chatting'.

Nak dijadikan cerita masa perkenalan itu A dah bagi first impression yg kurang baik kat B.Semasa kenal A asyik duk bercakap mengenai keburukan kawan dia .B pun lantas tak berniat nak berkawan atau mengenali A dengan lebih dekat dek kerana A salah "introduce" dirinya kepada B.

Cuba kalau A pada mulanya "introduce" dengan baik dirinya, pasti jika B teruskan proses nak kenal A dgn lebih dekat, kemudian baru terjadi situasi A mengata keburukan orang, pastinya lain respon B kali ini.Pasti B akn cuba selidik kenapa A buat macam tu.


Ok, sama macam nak kenalkan Islam yang indah ni!

Kalau dah kita kenalkan islam dengan cara yang tak betul, macam mana orang nak semakin mengenali islam?kalau dah approach kita terus cakap pasal tak ikut cara islam masuk neraka, sesuai tak?

Bukankah untuk seseorang betul2 menjadi muslim yang baik maka dia kena punyai perasaan cinta kepada ALLAH?


Macam mana nak wujudkan cinta kepada ALLAH?

Begitu banyak ayat-ayat al-Quran tentang betapa pemurahnya ALLAH dalam memberi taubat dan menghapuskan dosa, dan betapa ALLAH amat mementingkan maruah/aib seseorang.

Bukankah itu sungguh menyentuh hati? Begitu banyak lagi keindahan dalam sifat-sifat ALLAH yang boleh membuatkan seseorang merasakan ALLAH begitu penyayang kepada hamba-hambaNya.

Kuasa cinta sungguh hebat, manusia sanggup buat apa sahaja demi cinta.Sungguh... bila wujud cinta yang kuat kepada ALLAH, manusia takkan mempersoalkan syariat ALLAH dan menjadi Muslim yang taat.

Jadi kesimpulannya, Islam itu indah, cara nak memperkenalkan islam dan apa yang diperkenalkan dulu tentang islam juga mestilah indah/cantik.




2) Pendakwah

Pendakwah perlu mengetahui apa kelebihan yang dia ada.

Ada orang petah bercakap, ada orang boleh menulis dengan baik, ada orang boleh kedua-dua nya sekali.Kenali diri sendiri dan manfaatkan kelebihan diri untuk berdakwah.

Orang yang cuma pandai menulis, tumpukan kepada penulisan, cuba perbaiki mutu penulisan dan biarkan methode berceramah itu kepada orang yang petah bercakap.jadi masing-masing ada peranan.

Setiap peranan ada kepentingannya sebab ada orang suka membaca tapi tak suka pergi dengar ceramah dan ada orang sebaliknya.

Pendakwah juga perlu 'sedar diri', hehe. Sedar diri yang saya maksudkan bercakap sesuatu yang dia memang yakin dan faham ttg sesuatu isu itu.
3) Target (orang) yang didakwah.

Pendakwah perlu bijak dlm menyampaikan mesej. Kenali target.

Approach untuk orang kampung tentunya berbeza dengan orang bandar dan professional. Ada target yang dah ada basic dan ada yang zero. Dan ada komuniti yang kurang prefer program2 agama dan ada sebaliknya.


Katakanlah ada satu universiti M...

Univ M ni dia ada dua kampus, satu kampus C dan satu D.Kampus C alhamdulillah suasananya masih terasa islamik nya maka approach dan aktiviti yang dilakukan banyak bertumpu kepada nak melatih menjadi da'ie atau sebagainya.

Tapi disebelah pihak lagi, kampus D berbeza, di situ komunitinya lebih kepada hedonisme (katakan lah), asal nama je program agama diorang tolak terus, payah la nak join.


Maka prioritinya tentulah kepada nak betulkan imej diorang terhadap islam.Fokus tentulah kepada nak kongsi betapa ALLAH begitu Penyayang, Pemberi taubat ,mudahnya Islam, betapa praktikalnya Islam.

Jadi "haraki" untuk kampus C dan "haraki" kampus D berbeza.

Setuju?

Ini cuma coretan minda saya.

Setiap kata-kata itu terbuka kepada penerimaan dan kritikan kecuali kalam ALLAH dan kata-kata rasulullah s.a.w yang sememangnya diterima ja.

Monday 20 June 2011

Kewajipan Isteri Terhadap Suami..."Syurgalah Tempatmu ".

Dalam hal ini telah banyak diceritakan oleh Hadis Nabi SAW. Antara lain baginda bersabda, “Setiap perempuan yang mati dimana suaminya rela kepadanya, pasti dia masuk syurga.”

Seorang lelaki keluar hendak pergi dan berjanji kepada isterinya agar jangan turun dari rumahnya di bahagian atas ke bawah. Padahal ayah si isteri sedang sakit di bawah. Si isteri menyampaikan utusan kepada Rasulullah SAW mohon izin menziarahiayahnya.

Rasulullah SAW BERKATA, “Taatilah suamimu!” Sehingga ayahnya meninggal. Maka dia menyampaikan utusannya lagi kepada Rasulullah SAW mohon izin turun menziarahi ayahnya. Rasulullah SAW mengatakan, “Taatilah suamimu.” Kemudian ayahnya meninggal dan Nabi menyampaikan utusannya kepada perempuan itu serta mengkhabarkan kepadanya bahawa ayahnya telah mendapat ampunan dari Allah SWT sebab ketaatannya kepada suaminya.

Juga Rasulullah SAW bersabda: “Manakala seorang perempuan telah solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga farajnya dan mentaati suaminya, masuklah dia ke Syurga Tuhan-Nya...”

Rasulullah SAW bersabda:

“Aku melihat isi neraka ternyata kebanyakan penghuninya adalah perempuan.” Kami bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah?” Baginda berkata, “Mereka banyak bersumpah dan meremehkan suami yang miskin.” Dari riwayat lain, “Aku melihat syurga, ternyata sedikit sekali perempuan.” “Aku bertanya dimanakah perempuan?” Baginda berkata, “Mereka sibuk dengan arak, emas dan za’farah(parfum).”

Aisyah ra berkata, “Seorang gadis datang kepada Rasulullah SAW, dia berkata, “Ya Rasulullah, aku seorang gadis yang telah dilamar. Namun aku tidak suka berkahwin.

Maka apakah kewajipan isteri terhadap suami?” Rasulullah SAW bersabda:

“Kalau dari hujung rambutnya sampai hujung kakinya penuh nanah, lalu kamu menyikatnya, itu pun belum cukup kesyukuranmu kepadanya.” Gadis itu berkata, “Aku tidak akan berkhawin!” Rasulullah berkata, “Khawinlah! Itu lebih baik.”

Telah berkata Ibnu Abas ra, bahawa, “Seorang perempuan dari Khats’am datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata, “Aku ini gadis yang telah dewasa aku ingin sekali berkhawin. Maka apa hak suami itu?” Rasulullah SAW bersabda:
“Hak suami yang ada pada isteri adalah jika suami menginginkannya maka dia tidak boleh menolaknya. Janganlah isteri memberikan sesuatu dari dalam rumahnya kecuali dengan izin suami. Jika isteri melakukan demikian, maka dia berdosa dan pahalanya untuk suami. Termasuk haknya pula hendaklah seorang isteri tidak berpuasa kecuali setelah ia mendapat izin dari suaminya. Jika dia lakukan (tanpa izinnya) maka dia hanya lapar dan dahaga sahaja serta puasanya tidak diterima. Dan jika isteri keluar tanpa izin dari suaminya, maka malaikat melaknatinya sampai dia kembali ke rumahnya atau bertaubat.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Kalau boleh aku perintahkan kepada seseorang agar bersujud kepada seseorang, maka aku perintahkan kepada perempuan agar bersujud kepada suaminya kerana betapa besar hak suami kepada isteri.”

Baginda bersabda pula:

“Yang terdekat seorang isteri kepada Tuhannya adalah manakala dia sedang berada di dalam rumahnya. Dan sesungguhnya solatnya di halaman rumahnya, lebih utama daripada di masjid. Sedang solatnya di dalam rumah lebih utama daripada solatnya di halaman rumahnya. Dan solatnya di biliknya lebih utama daripada solatnya di rumahnya.”

Oleh kerana Rasulullah SAW bersabda:

‘Perempuan itu aurat. Ketika dia keluar, syaitanlah yang menyambutnya.”

Juga baginda bersabda:

“Perempuan itu punya sepuloh aurat. Jika dia telah khawin, maka suami menutupi satu aurat. Jika dia telah mati, maka kubur menutupi sepuloh aurat.”

Memang kewajipan isteri terhadap suami amat banyak. Yang terpenting ada dua, iaitu menjaga dan menutupi. Kemudian jangan meminta diluar kemampuan suami sehingga mendorong suami membuat pekerjaan haram. Demikianlah kebiasaan isteri pada zaman dahulu.

Jika suami keluar rumah, isteri atau anak berkata, “Takutlah dari usaha haram. Kami tahan berlapar dan miskin memakan yang haram. Sungguh tidak ada penolong atas neraka.” Bahkan pernah seorang lelaki salaf hendak pergi. Rupanya tetangganya tidak menyukai pemergiannya. Mereka berkata kepada isteri lelaki itu, “Mengapa engkau relakan pemergiannya? Dan tidak meniggalkan nafkah untukmu?”

Si isteri itu berkata, “Sejak aku kenal, suamiku memang banyak makan dan tidak kulihat banyak rezeki. Sedang aku ada Tuhan Pemberi Rezeki. Oleh kerananya pergilah tukang makan dan tinggallah yang diberi rezeki.” Termasuk kewajipan seorang isteri hendaklah dia tidak membazirkan harta suaminya. Bahkan dia mesti menjaganya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak halal isteri memberi makanan dari rumah suaminya melainkan dengan izinnya kecuali makanan yang telah lama dan dikhuatirkan akan basi. Jika dia memberikan makanan dengan mendapat redha suami, maka untuk isteri seperti pahala suami tapi bila dia memberi makan tanpa mendapat izinnya, maka bagi suami mendapatkan pahala dan bagi isteri mendapat dosa.”

Asma’ binti Kharijah al-Fazari berkata kepada anak perempuannya ketika berkahwin,

“Kamu telah keluar dari sangkar di mana kamu tinggal. Kini kamu hendak pergi kepada selimut di mana engkau tidak mengenalinya serta teman dimana kamu belum biasa. Maka hendaklah kamu menjadi tanahnya, tentu dia akan menjadi langitmu. Hendaklah kamu menjadi atapnya, dia akan menjadi tiangmu. Hendaklah kamu menjadi umatnya, maka dia akan menjadi abdmu. Jangan kamu merenungnya sehingga dia melepaskanmu dan jangan pula kamu menjauhinya, sehingga dia melupakanmu. Jika dia mendekatimu, dekatlah kepadanya. Jika dia sedang menjauhimu, jauhilah dia. Jagalah hidungnya, telinganya, dan kedua matanya. Jangan sampai dia mencium darimu melainkan yang baik. Jangan sampai dia mendengar melainkan yang elok. Dan jangan sampai dia melihat melainkan yang indah."

Menolak Dakwaan Islam Tersebar Melalui Pedang

Posted by Imam Muda Asyraf on June 20th, 2011

Ada beberapa argumentasi dari sebahagian pihak yang tidak bersetuju dengan Islam, telah memberi gelaran yang negatif kepada umat Islam itu sendiri tanpa memisahkan antara ajaran agama dan amalan agama. Ajaran agama itu suatu yang bersifat benar jika dinilai pada tekstualnya. Sedangkan amalan agama terkadang ianya sendiri melanggar ajaran agama yang telah ditetapkan.

Gelaran ‘pengganas’, fundamentalis’ dan sebagainya sebenarnya memberi kesan buruk kepada umat Islam seluruh dunia. Dakwaan bahawa penyebaran Islam selama ini secara logiknya tersebar melalui mata pedang dan peperangan adalah dakwaan yang bersifat tidak adil.

Islam berasal dari kata akar ‘salam’ yang bererti damai. Selain itu juga bererti penyerahan kehendak seseorang kepada Allah. Dengan demikian Islam adalah agama kedamaian. Tidak semua orang di dunia mendukung pemeliharaan kedamaian dan harmoni. Walaupun terkadang kekerasan harus juga digunakan untuk memelihara kedamaian.

Apabila dakwaan berkenaan ‘Islam tersebar dari mata pedang’ tersebar, bangkit salah seorang ahli sejarawan terkemuka De Lacy O’ Leary dalam bukunya “ Islam at The Cross Road” mengatakan bahawa “Lagenda tentang orang-orang Islam fanatik menyapu dunia dan memaksakan Islam sampai menggunakan pedang atas bangsa-bangsa yang ditakhluki adalah satu mitos luar biasa yang pernah diulang-ulang para sejarawan”.

Sedangkan di dalam al-Quran Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas seperti di dalam surah al- Baqarah ayat 256 yang bermaksud : “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat…”

Almarhum Said Hawwa menyatakan bahawa agama Islam tidak memaksa manusia menganutinya. Ayat ini juga diulas oleh Syed Qutb yang menyatakan akidah menyentuh soal penerimaan dengan rela hati dan ia tidak boleh berlaku secara paksa.

Begitu juga di dalam surah Yunus ayat 99 yang bermaksud ; “…Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?”

Menurut al-Qurtubi, Ibnu Abbas melaporkan Rasulullah SAW beriya-iya mahu mengislamkan semua manusia di bumi. Lalu ayat ini turun mengingatkan beliau bahawa manusia tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam. Ianya perlu berasaskan kepada hidayah Allah.

Sejarah juga membuktikan betapa kaum Muslimin memerintah Sepanyol selama hampir 800 tahun tidak pernah sama sekali menggunakan pedang mereka untuk memaksa orang berpindah agama. Sehinggalah datangnya penjajahan terhadap orang Muslim di Sepanyol yang menyaksikan pembunuhan besar-besaran dan tidak ada seorang Muslim di Sepanyol yang boleh mengalunkan azan secara terang-terangan.

Orang Muslim menguasai tanah Arab selama 1400 tahun. Sekiranya pedang itu digunakan sebagai alat menyebarkan Islam, maka tidak mungkin 14 juta orang Arab memeluk Kristian Koptik selama ratusan generasi. Begitu juga kisah pemerintahan Muslim di India selama sekitar 1000 tahun. Namun majoritinya penduduk India bukan beragama Islam. Sekiranya pedang juga sebagai alatnya, sudah pasti semua penduduk di India akan memeluk Islam.

Persoalan juga berbangkit disini adalah, bagaimana dengan Islam di Malaysia dan Indonesia. Pasukan tentera manakah yang menyerang dengan pedang sehingga menyebabkan tersebarnya Islam di kedua Negara ini. Begitu juga penyebaran Islam di pesisir timur Afrika. Orang boleh bertanya lagi, jika Islam disebarkan dengan pedang, “Pasukan muslim mana yang menyerbu pesisir timur Afrika


Hakikat sebenarnya pedang yang dimaksudkan disini adalah pedang intelektual. Nabi SAW datang menakhluk hati dan pemikiran manusia dengan pedang intelektual. Ini jelas dengan saranan al-Quran di dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud : “Serulah ( manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan berbantahlah dengan mereka menggunakan cara yang baik…”

Disebabkan pendekatan inilah kita menyaksikan bahawa peningkatan tertinggi jumlah pengganut agama di dunia sekarang adalah agama Islam. Artikel dalam ‘Readers Digest ‘Almanac’ tahun 1986 menyampaikan data statistik tentang peningkatan peratusan agama-agama di dunia dalam sesetengah abad, iaitu dari 1934 hingga 1984 dan artikel ini dimuat di dalam majalah “The Plain Truth” yang mengatakan Islam menduduki tangga teratas iaitu sebanyak 235 peratus. Persoalan berbangkit disini ialah, peperangan apakah yang meletus sehingga membuatkan tersebarnya Islam dengan sebegini luas seluruh dunia.

Malah dalam Islam sendiri melarang perbuatan membenci dan memerangi orang bukan Islam yang hidup di tengah-tengah mereka. Malah al-Quran menggalakkan berlaku adil dan membuat kebajikan dalam berinteraksi dengan bukan Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud : Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimua. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

Menurut al-Razi, Ibnu Abbas melaporkan ayat ini menceritakan tentang bani Khiz’ah. Mereka membuat perjanjian damai dengan Rasulullah bagi tidak memerangi umat Islam dan tidak membantu siapa sahaja bagi tujuan itu. Juga dari kisah Asma’ binti Abu Bakar bersama ibunya. Apabila ibunya yang masih belum memeluk Islam datang menemuinya di Hudaibiah yang pada ketika itu ia bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apakah aku wajar berhubung dengannya?”, maka jawab Rasulullah SAW, “ Ya, berhubunglah dengan ibu kamu”. Hadith riwayat Bukhari Muslim.

Malah orang bukan Islam yang hidup di tengah masyarakat Islam memiliki kehormatan dan hak yang harus dipenuhi. Mereka mendapatkan tanggungan dari Allah dan RasulNya. Rasulullah pernah bersabda di dalam hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud : “Ketahuilah bawaha barang siapa yang menzalimi seorang kafir mua’ahid atau bertindak sewenang-wenang terhadapnya, atau membebaninya dengan sesuatu di luar kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya tanpa keredhaannya, maka aku akan menuntut pada hari kiamat kelak.”

Sehinggakan Nabi SAW bersabda dalam riwayat al-Tabrani yang bermaksud : Siapa yang menyakiti orang zimmi, dia juga menyakitiku, dan siapa yang menyakitiku, dia juga menyakiti Allah.

Malah apabila datangnya waktu yang amat getir iaitu peperangan sekalipun Islam melarang meruntuhkan rumah ibadah orang yang bukan Islam. Ini dinukilkan daripada kitab al-Kharaj karangan Abu Yusuf yang melaporkan Rasulullah SAW dalam surat beliau kepada penduduk Najran antaranya tertulis, ‘” Bagi penduduk Najran dan jajahan takhluknya, perlindungan Allah dan jaminan Nabi Muhammad SAW Rasulullah pada harta mereka, agama mereka, rumah-rumah ibadah mereka dan apa sahaja yang ada di tangan mereka samada sedikit atau banyak”

Begitu juga kisah apabila Khalifah Umar ternampak orang Yahudi meminta sedekah, beliau terus membawanya ke Baitul Mal selepas mengetahui Yahudi itu perlukan bantuan kerana sudah tua dan miskin. Beliau berkata kepada pegawai Baitul Mal, “ Kita tidak adil sekiranya mengambil jizyah darinya semasa dia muda dan kecewakannya apabila ia tua”.

Islam bukan sahaja memelihara orang bukan Islam, malah memberi makan kepada mereka walaupun ianya merupakan tawanan peperangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Insan ayat 8 yang bermaksud : “ Dan mereka memberi makanan yang disukainya pada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan”. Lalu Syeikh al-Alusi dalam tafsirnya Ruh al-Ma’ani berkata Hassan al-Basri melaporkan bahawa apabila Rasulullah SAW menerima tawanan-tawanan perang yang terdiri dari orang bukan Islam, beliau menyerahkan mereka pada sebahagian orang Islam. Mereka dijaga oleh orang Islam selama dua ataupun tiga hari. Beliau mengarahkan supaya orang Islam berbuat baik pada tawanan-tawanan itu. Lalu orang Islam lebih mengutamakan tawanan perang berbanding diri mereka sendiri.

Pelbagai contoh dan bukti yang menolak sebarang dakwaan pihak tertentu dengan mengaitkan tertegaknya Islam adalah melalui mata pedang. Malah dakwaan tersebarnya Islam serata pelosok dunia ini adalah kesan penjajahan melalui kezaliman umat Islam juga terbukti tidak benar. Bukan sekadar teks agama dan akhlak toleransi Rasulullah SAW sebagai bukti kesalahan dakwaan tersebut. Malah ianya dihiasi dengan perkataan para sejarawan dan kisah-kisah lampau yang tidak boleh ditutup nilai sejarahnya.

Kempen ‘SEBELUM’ Buang Bayi

Posted by Imam Muda Asyraf on May 4th, 2011

Zina Tidak Berlaku Secara Tiba-Tiba

Terasa sebak di hati tatkala menatap gambar-gambar bayi yang dibuang di pusat pembuangan sampah, dibakar, ada yang dimakan haiwan dan seribu satu gambaran lagi yang amat memilukan. Di manakah hilang nilai kemanusiaan? Munculnya pelbagai saranan untuk menyelesaikan masalah ini. Malangnya kebanyakan saranan adalah berkaitan selepas sesuatu berlaku, dan bukan menjurus kepada pokok masalah.

Kempen membanteras jenayah pembuangan bayi bukanlah suatu yang asing di dalam agama. Malah ianya sudah dikempenkan oleh baginda Nabi SAW sejak dari dahulu lagi. Cuma perbezaannya dengan kita, Nabi SAW mengutamakan persoalan menutup jalan-jalan awal perzinaan. Kerana itulah prinsip Nabi SAW iaitu, mencegah lebih baik daripada merawat.

Kita seolah-olah terkapai-kapai mencari teknik yang terkini, yang pada sangkaan kita teknik yang kita cipta tersebut teknik yang berkesan. Namun kita terlupa atau sengaja melupakan teknik asas yang dicipta oleh agama dalam menangani isu ini.

Lazimnya, bayi-bayi yang dibuang lahir daripada perhubungan seksual di luar nikah. Ada kalanya dia dibuang kerana perasaan malu, dan kadang-kala kerana tidak mampu menyara kehidupan anak tersebut. Penghinaan social yang amat terkesan kepada si pelaku zina membuatkan mereka takut berhadapan dengan masyarakat. Masyarakat kita seolah-olah mengawal pintu taubat dengan terus menerus tidak menerima kepulangan semula pelaku zina ke pangkal jalan. Malah berita mengandung anak luar nikah, ditangkap khalwat dan sebagainya merupakan cerita sensasi masyarakat. Status kritikan social tersebut membuatkan wanita yang mengandung anak luar nikah memcampakkan bayi mereka di merata tempat. Sedangkan situasi ini berbeza dengan wanita mengandung anak luar nikah di kalangan bukan Islam. Bukanlah kita menggalakkan perzinaan. Namun kita menentang penderaan mental dan maruah insan yang terlanjur yang menjuruskan mereka untuk bertindak di luar jangkaan.

Sedangkan dalil yang jelas di dalam al-Quran dan Sunnah yang melarang pembunuhan anak walaupun atas dasar takutnya kemiskinan. Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ : 31 yang bermaksud :

Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar.

Juga di dalam surah at-Takwir : 8-9 yang bermaksud : Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh.

Ini kerana dorongan perbuatan mungkar ini ada kalanya remaja masih dibelenggu soal ekonomi. Sedangkan Nabi SAW sendiri pernah ditanya berkenaan masalah ini. “Dosa apakah yang teramat besar? Jawab Nabi: iaitu engkau menyekutukan Allah padahal Dialah yang menjadikan kamu. Kemudian apa lagi? Maka jawabnya: iaitu engkau bunuh anakmu lantaran kamu takut dia makan bersamamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Perbuangan bayi bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Sudah semestinya ianya berasal dari hubungan seksual. Dan hubungan seksual sendiri tidak akan sama sekali berlaku. Andai si pelaku tidak melanggar pagar pemisah yang telah ditetapkan.

Di dalam al-Quran, Allah Taala berfirman: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk [Al Isra' 17: 32].

Allah menggunakan kalimah ‘jangan mendekati’ perzinaan. Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut: Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]

Agama mendatangkan solusi dalam menutup pintu-pintu perzinaan. Antaranya ialah :

Menundukkan Pandangan

Memelihara pandangan kepada bukan mahram, apatah lagi menonton video lucah dan gambar-gambar membuka aurat yang memberahikan. Ini kerana ia boleh menggalakkan manusia melakukan apa yang ditonton. Ibu bapa hendaklah memantau bahan bacaan, drama dan filem, serta laman web yang dilayari anak-anak mereka.

Allah berfirman: Katakanlah (ya Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].

Tutur Kata Lucah

Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau senda hingga membuat lawak-lawak lucah. Selain daripada itu, ia juga mengajar kita bahawa budaya leka berkomunikasi melalui telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang. Sehinggakan istilah moden yang amat dikenali oleh muda mudi iaitu ‘phone sex’ seolah-olah menjadi perkara biasa. Sangat dikesalkan bagaimana sebahagian ibu bapa tidak kisah apabila anak mereka bergayut telefon setiap hari dengan teman istimewa masing-masing. Alasannya anak-anak sudah dewasa sedangkan itu adalah antara mukadimah ke arah zina.

Bersentuhan sesama bukan Mahram

Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].

Bersentuhan ini boleh berlaku ketika bertepuk tampar dalam gurauan, bersalaman, berpegangan tangan, membonceng motosikal dan lain. Lebih parah lagi, apabila tanpa segan silu berpelukan di khalayak ramai.

Keluar bersama tanpa Mahram yang dipercayai.

Umat Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini walaupun ketika di jalanan. Abu Said Al-Anshari radiallahu anhu pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda kepada para wanita ketika baginda keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan:

“Berjalanlah kalian di belakang (jangan mendahului lelaki). Ini kerana sungguh tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan, tetapi bagi kalian hanyalah tepi-tepi jalan.” [Sunan Abi Daud, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan].

Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah, bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol dan zina.

Berdua-duaan Tanpa ditemani Mahram.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: “Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan” [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib]. Dalam hadis yang lain: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya” [al-Bukhari dan Muslim].

Dalil di atas melarang berdua-duaan dengan bukan mahram. Lazimnya zina berlaku di tempat tersembunyi. Budaya ‘dating’ jelas terlarang berdasarkan dalil-dalil di atas.

Pintu-pintu kepada zina hendaklah ditutup untuk menangani kes pembuangan bayi. Drama-drama, novel-novel, majalah dan sebagainya hendaklah dikawal agar tidak menyebarkan budaya yang menggalakkan budaya coupling, dating dan lain-lain.

Ibu bapa hendaklah bersifat tegas. Usah takut dilabel sebagai jumud. Fikirlah hikmah di sebalik garis panduan batas pergaulan yang Allah Taala gariskan. Janganlah nanti kita kecewa si anak menconteng arang ke wajah keluarga, sedangkan tanpa kita sedari kita yang sebenarnya memberikan dan membenarkan mereka menconteng arang ke wajah kita.

Idea bank bayi, dan pusat kebajikan perlu disokong, tetapi ia mesti serentak dengan usaha pencegahan. Kita tidak mahu bank bayi menjadi penggalak kepada seks di luar nikah. Namun ianya hanyalah penyelamat kepada pembunuhan bayi setelah usaha pencegahan awal yang dibuat itu benar-benar menjadi realiti. Begitu indahnya Islam. Ianya memberikan suntikan pencegahan awal sebelum mendatangkan vaksin dalam merawat kesakitan.